Saturday, November 3, 2007

keindahan Pulau Redang



Pulau Redang yang terletak di perairan Negeri Terengganu menjadi tumpuan penyelam-penyelam kerana mempunyai keindahan dalam dasar laut yang istimewa berbanding dengan tempat-tempat lain.Di perairan Pulau Redang terdapat taburan terumbu karang diantara yang terluas di rantau ini. Terumbu-terumbu batu karang di sini dikatakan mempunyai sebanyak 346 spesis menjadikannya taman laut yang terindah di dunia.
Pulau Redang yang mempunyai penduduk seramai 1300 orang terdiri daripada 200 keluarga. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah nelayan laut pantai dan dalam. Manakala generasi baru pulau itu kini lebih memberi tumpuan kepada industri pelancongan yang berkembang pesat di sini seperti mengusaha perkhidmatan bot pelancong, menjadi pemandu pelancong dan juga bekerja di chalet-chalet swasta.Di Pulau Redang mempunyai sejumlah 9 buah pulau. Pulau Redang merupakan pulau yang terbesar berukuran 6 km lebar dan 7 km panjang, diikuti Pulau Pinang, Pulau Kerengga Kecil dan Pulau Ling. Pulau Redang terletak 45 km (24.2 batu nautikal) ke utara Kuala Terengganu, 22.5 km (12 batu nautikal) dari kampung Merang dan 26 km (14 batu nautikal) dari Pulau Perhentian. Penjalanan dengan menaiki bot memakan masa 3-4 jam dari Kuala Terengganu, 1-1.5 jam dari Merang dan 2-3jam dari Kuala Besut.

No comments: